beganding Kd Tn | upacara tolak bala. | Upacara Beganding ini ialah upacara tolak bala yang selalu diadakan oleh orang-orang Dusun di Kuala Penyu. Tujuan upacara ini adalah untuk memohon perlindungan kepada semangat yang menjaga manusia supaya tidak menimpakan sebarang penyakit kepada orang-orang kampung itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patod Kd Rn | upacara tolak bala dan mengubat orang sakit. | Sekiranya upacara patod ini diadakan bagi mengubat orang yang sedang sakit, maka `bobolian' akan menari atau mengalai -madsayau, yang bentuk tariannya hampir seperti mengigol. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menimbang Bs, Tb | suatu upacara tolak bala yang dilakukan ke atas bayi yang dilahirkan pada bulan safar (Muslim sahaja) untuk mengelakkan kejadian buruk menimpa bayi tersebut. | Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang! | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngoncong Sk | satu acara kebudayaan atau kepercayaan tradisi untuk mengubati orang sakit, tolak bala dan bernazar. | Kalau dia pulang dan dikahwini lelaki, aku akan ngoncong. Ini niatku. Ini nazarku. Aku akan buat juga. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu pencelap, *batu penchelap* Ib | batu yg dipercayai boleh mengekalkan kesihatan dan tolak bala. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. Orang yang mahir dalam upacara ini perlu diundang. Dia akan seterusnya mengusap badan orang yang terkena ‘burung’ seperti ini dengan batu pencelap untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak baik menimpa orang itu.? | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pitulak Bj, Sl | sejenis perahu kecil yg diisikan dengan makanan dan ditolak ke laut sebagai persembahan tolak bala. | Masyarakat kampung sudah berkumpul membantu dukun menyiapkan lepa Pitulak itu. Mereka sepakat mengatakan di kampung itu sedang dilanda hantu laut. | “Pitulak” | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedara Ib | suatu upacara yang dilakukan untuk mengubat orang sakit dan untuk mengelakkan kejadian buruk akibat sesuatu petanda (tolak bala). | Eh... jangan balik dulu saudara Baring. Pagi ini kami akan berkampung untuk mengadakan upacara bedara pada petang itu, kata hantu itu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |