Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.long] | تولوڠ

Definisi : = minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderita-an dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; ~ wang (fikiran, tenaga) menolong dgn wang (fikiran, tenaga); menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; tertolong (sudah) ditolong, diselamatkan; tolongan ark = pertolongan; ketolongan beroleh pertolongan hingga selamat: agar ibunya ~; pertolongan perihal (perbuatan dsb) meno-long, sesuatu (yg digunakan) utk meno­long, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~ Allah; ~ cemas pertolongan yg mula-mula (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.long] | تولوڠ

Definisi : ; minta ~ minta bantuan atau sokongan. tolong-menolong, ber­tolong-tolongan saling membantu; bantu-membantu. menolong 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. pertolongan 1 perbuatan atau hal memberi bantuan: Dgn ~ doktor, anaknya dpt diselamatkan. 2 = tolongan apa-apa yg diberikan utk menolong; bantuan; sokongan. penolong 1 orang yg menolong: ~ Pengarah. 2 alat dll yg digunakan utk menolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau abang pandai merebat,
     Tolong rebat pokok keranji;
Kalaulah abang pandai mengubat,
     Tolonglah cari ubat tak mati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Bak anjing tersepit.

Bermaksud :

Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
berawan LBwaktu senjakala.Tolong asuhkan anakku dan anggaplah dia sebagai anakmu sendiri supaya dia tidak akan tahu hal tersebut. Apabila berawan (keadaan pada waktu malam di mana cahaya di luar macam kekuningan) jangan biarkan anak-anak keluar.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kisus Kdpemutar skru.i. Tolong ambilkan kisus saya yang tersimpan dalam laci meja di atas rumah.Antara Pemutar Skru dan KisusGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
piau Mlbarang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur.Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas