Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, tim­bun­an: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya; bertompok-tompok 1. berkelompok-kelompok: anak-anak muda ~ duduk di atas pasir; 2. bersusun-susun, bertimbun-timbun: buku yg ~; 3. tidak rata (warna dll), setempat-setempat, berbintik-bintik besar: anak kambing yg berwarna coklat ~ putih; 4. ki bertimbun-timbun, banyak sekali; menompokkan 1. meletakkan bersusun-susun, melonggokkan; 2. mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan; tertompok tersusun bertindih-tindih, ter-kumpul banyak-banyak; tompokan longgokan, timbunan; penompokan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menompokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1 kumpulan atau kelompok yg agak kecil; longgok kecil: Ia mem­beli se~ buah langsat. 2 bintik besar pd kulit binatang dll. bertompok ada tompok pdnya. bertompok-tompok 1 terdapat banyak tompok pdnya; ber­kelompok-kelompok. 2 tidak rata (ttg warna dll): Bulu kucingnya berwarna putih ~ hitam. menompokkan me­letakkan bertompok-tompok; me­long­­gokkan. tompokan kumpulan yg bertompok-tompok; longgokan; timbunan. penompokan perbuatan atau hal menompokkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tompok (kata nama)
Bersinonim dengan capuk, topok, bintang, bintik, titik, totol;,
Kata Terbitan : bertompok-tompok, menompokkan,

Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tompok Kdtajau.Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan).Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tabor, *tabur* Ibperihal corak yang bertompok-tompok.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
megahau, *magahau* Kd Ltupacara menguatkan semula semangat tajau.Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan).Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas