jopul, *jipor* Bd | parang tradisional orang Bidayuh, biasanya disimpan khas untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan peperangan, pertempuran dsb. dan bukan untuk kegunaan harian. | Pak Sujang melompat keluar dari balik pondok dengan jopul terhunus dan terhayun-hayun di tangan kanannya. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngeluah, *ngelua* LB | memberi denda/pampasan yang tujuan untuk mengembalikan persefahaman bagi kedua-dua pihak yang bergaduh. | Tapi sebelum Bulus berangkat pulang, lelaki tadi memberi amaran kepada Bulus, “Kalau awak sampai di rumah, jangan biarkan orang-orang kampung awak ngeluah (upacara pemujaan kepada orang yang dianggap mati, hidup atau pulang kembali dipalit dengan darah binatang yang disembelih). | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
merimba Ib, MSr | menebas dan menebang hutan untuk tujuan berhuma. | Akhirnya si suami dan kawan-kawannya pulang. Mereka keletihan kerana bekerja keras seharian merimba hutan. Dayang pula pura-pura demam. Dia berselimut di dalam biliknya. Si suami pun pergi ke dapur. Dia melihat suatu pun belum dimasak. Dia mendapatkan isterinya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magasab Kd | perbuatan seperti mengeluarkan bunyi-bunyian dengan tujuan untuk menaikkan semangat. Upacara ini dilakukan ketika pahlawan-pahlawan hendak berangkat ke gelanggang pertempuran, sekembalinya dari peperangan dan semasa upacara mencari pahlawan-pahlawan yang terhandal. | Menurut datuk ayah, alat-alat ini dipalu bersama sebuah canang, gendang dan sebilah cangkul semasa upacara magasab. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
perantan MSr | suatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak. | Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kayau Ib, Kh | membunuh orang untuk diambil kepala dan harta bendanya dengan tujuan untuk mendapat pengiktirafan atas keberanian dan kepahlawanan seseorang | Peperangan ataupun kayau terbesar yang pernah mereka lakukan ialah kayau menentang Apai Sabit Bekait semasa mereka mengayau ke langit. Mereka berjaya dalam kayau ini dengan membunuh ramai musuh. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berayah Ib | suatu upacara keagamaan berupa gerak tarian sambil mengelilingi sesuatu seperti pokok yang dianggap sebagai suci dengan tujuan mengepalai dewa. | Jengkuan melihat bahawa kepala isterinya ditempatkan dalam nyiru dan diletakkan berdekatan dengan pokok istiadat pun sabang. Orang sedang memasang api untuk membakar bunga-bunga dan garam. Lepas itu mereka melakukan upacara berayah mengelilingi pokok tersebut. Semua yang hadir mesti mengambil bahagian melakukan upacara itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berkumbai buyu Ib | upacara yang dilakukan oleh manang untuk memanggil hantu yang sering mengganggu bayi dan perempuan mengandung dengan tujuan untuk membunuhnya. | Setelah lama begitu Rukuk bercadang untuk mengadakan suatu upacara yang dinamakan ‘berkumbai buyu’ semasa isterinya baru saja melahirkan anak mereka yang kedua belas. Upacara bebunuh buyu selesai dilangsungkan, tetapi hantu buyu tidak juga dapat dibunuh. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
andong-andong umang Ky | sejenis tarian tanda kesyukuran kerana lahirnya bayi. | Tarian Andong-Andong Umang akan ditarikan dengan tujuan agar anak berkenaan dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki sepanjang hidupnya kelak. | Tarian Sambut Kelahiran Bayi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
payan Ib | sejenis buluh besar; Dendrocalamus asper. | Semasa dalam perjalanan Sera Gunting terjumpa sebatang buluh payan. Buluh payan menanyakan tujuan perjalanannya. Dia mengatakan dia hendak pergi menemui datuknya Sengalang Burong di langit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |