Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Kaki naik,
     kepala turun.

Bermaksud :

Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tungkal IbHukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya.Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sirat Ibjenis cawat yang digunakan oleh golongan lelaki Iban pada zaman dahulu.Selepas itu isteri Irang teringat kepada sirat suaminya yang diperbuat daripada kain hitam sepanjang lima depa, sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dan bayinya. Seterusnya sirat itu dihulurkannya ke bawah dan hujung yang sebelah diikatnya kuat-kuat pada lantai. Melalui satu lubang di tengah bilik dia turun dengan menyusuri sirat yang telah diikatkan sambil mendukung erat bayinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas