rogon Kd | hantu. | Dia melanggar pantang larang, Sarina, ujar lelaki tua itu. "Mungkin dia telah disumpit anak rogon. Err.. rogon tu anak hantulah." | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beremak MSr | mengharungi atau berjalan di kawasan yang berlumpur atau berlekit. | Abang dah tua tak larat lagi beremak menggaris lokan, membebankan Ipin dan Juak saja, ujar Nek Fid. | Antologi Cerpen Meminggir Angin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sunduk Kd | sejenis tudung yang diperbuat daripada kain mogah yang dpakai oleh penari perempuan. Ia merupakan salah satu pakaian tradisi kaum Dusun. | Ah, cantik juga gadis-gadis asli, ujar Charlene apabila meneliti pengantin perempuan yang memakai pakaian tradisional dengan tudung sunduk. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menyuan Tb | pembacaan mentera yang dilakukan sebelum padi bukit ditanam, biasanya dilakukan oleh bobolian. | Kita ada adat menyuan. Ada adapt monomparoi. Pak cik tahu, kalau tanaman padi dua kali setahun dibuat, alamat adat-adat kita akan lenyap, ujar Sunan membenarkan kata-kata Turagai tadi. "Dia memang berhajat mahu membelakangkan adat-adat kita, pak cik." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
capi-capi MSr | kelakuan dan kata-kata yang tidak senonoh, celupar. | Sebenarnya hutan itu tidaklah setebal hutan di bukit yang mereka lalui tadi. Barangkali hutan paya, fikir Kasim. "Ingat! Di sini jangan capi-capi. Dali, kautahu keadaan di hutan. Jadi hati-hati," ujar Pak Tunggal. | Novel Senapang Bemban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |