kendawang Ib | sejenis ular yang berbisa. Kepala dan ekornya berwarna merah, manakala badannya berbintik-bintik kekuningan. | Enteran Temiang memanjat ke atas lagi dan sampai pada pelepah yang kedua seekor ular kendawang keluar dari belitannya dan mematuk Enteran Temiang. Nasib baik patukan ular tidak mengenainya. Dia memotong leher ular kendawang dengan pedangnya. Kepala ular pun jatuh ke bawah. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
entigis Ib, MSr | bahagian sungai yang paling hulu. | Ular belalang dan ular sawa itu bercumbu di entigis sungai, pasangan ular itu melakukan hubungan jenis pula. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nabau Ib | ular sawa yang sangat besar. | Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung. Sungguh sayang ular sawa nabau likau kepunyaan saya itu telah mati. Tidak ada lagi jejak ngeranau di tepi langit." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
likau Ib | corak pada kulit ular sawa. | Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung. Sungguh sayang ular sawa nabau likau kepunyaan saya itu telah mati. Tidak ada lagi jejak ngeranau di tepi langit." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tonsotali Kd KB | sejenis roh jahat yang menjelma seperti ular sawa. | 2. Ansoruli atau Tonsotali – Roh menjelma seperti ular sawa berbelang-belang yang berbagai warna. | Sepintas Lalu Mengenai Adat istiadat Dusun/Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ansoruli Kd KB | sejenis roh jahat yang menjelma seperti ular sawa. | 2. Ansoruli atau Tonsotali – Roh menjelma seperti ular sawa berbelang-belang yang berbagai warna. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manangod Kd | menyerang. | Oleh kerana ular yang dimakan oleh orang Kinasaraban itu adalah anak orang Tempasuk maka penduduk Tempasuk ini pun bersatu untuk manangod (menyerang) Kinasaraban. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lontong II Mr | sejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain. | “Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya. | Perut Meletup Angkara Lontong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menarat Ib | biawak. | Petanda yang dibawa menarat atau biawak ini sama maksudnya dengan yang dialamatkan oleh ular. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
songkok, *sungkuk* Mr | sejenis ikan sungai seperti ikan sembilang. | Itu bukan ularlah Fie, ikan songkok, pintas Milka apabila melihat ikan yang didakwa oleh Safie sebagai ular. | Siud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |