Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


GvÛä¯ | اوليت

Definisi : ; berulit 1. sedang bernyanyi utk menidur-kan anak, berdondang utk menidurkan anak; 2. = ~ dgn tidur bersama-sama, tidur dgn: dia ~ dgn anaknya; mengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulit-kan 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn me-meluk, memangku, merangkul: dia rela tubuh-nya diulit oleh pemuda itu; pengulit 1. lagu atau nyanyian utk menidur-kan (anak dll), dodoi, dondong: maka biduan-da yg baik suara pun menyanyilah lagu ~ putera raja beradu; 2. penghibur (hati), pelipur: ceteranya dipindahkan drpd bahasa Jawa kpd bahasa Melayu, akan penghibur hati yg masyghul, akan ~ hati yg dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

GvÛä¯ | اوليت

Definisi : Mn tidak mudah (membayar hutang dll), liat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

GvÛä¯ | اوليت

Definisi : ; berulit 1 sedang menidurkan anak. 2 = ~ dgn tidur dgn. mengulit menidurkan anak dgn bernyanyi; mendodoikan anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulit
Kata Terbitan : berulit, mengulit,

Puisi
 

Ulit tenang mudik suasih,
     Pergi ke teluk menarah papan;
Bila terkenang budi kasih,
     Nasi sesenduk tidak termakan.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngetas ulit Ibupacara menamatkan perkabungan.Meludai dengan hulubalangnya pun balik ke tempat asal mereka. Di rumah, mereka mengadakan upacara ngetas ulit, iaitu satu upacara untuk menghormati isteri dan anak-anak Meludai yang sudah mati dan sebagai tanda mereka serumah tidak lagi berkabung.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai rugan Ibsuatu upacara untuk memperingati roh-roh orang yang sudah meninggal dunia.Tempoh berkabung itu mesti ditamatkan atau diketas dengan tengkorak musuh dalam upacara yang dipanggil ngetas ulit. Setelah tempoh berkabung itu ditamatkan, barulah boleh orang serumah itu merancang atau memikirkan upacara Gawai Rugan dan juga gawai yang ada kaitan dengan kerja-kerja huma.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas