Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = umpatan 1. kata-kata yg ber-maksud utk menodai nama orang (merugikan orang), fitnah: aku dibuang negeri ini kerana ~ orang; 2. kata-kata mengeji (mengejek) kerana marah (menyesali sesuatu dll) terhadap orang yg bersalah dll, cercaan, sesalan: Mak Guna menyudahi nasihatnya dgn umpatan, ‘Seolah-olah kehendak dan perintahku itu bukan utk kebaikanmu sendiri semata-mata’; 3. perasaan kesal yg amat sangat (kerana kata-katanya tidak dipedulikan orang dll), geram, jengkel; tidak ~ yg membunuh, tidak puji yg mengenyang prb jangan dihiraukan sangat umpat atau puji orang kerana kedua-duanya tidak merugikan atau menguntungkan; umpat-umpatan segala macam umpat, pel-bagai kata yg melahirkan rasa kesal (marah dll): dia selalu mendengar ~, bangkit-bangkit­an ibunya; mengumpat 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
umpat
Kata Terbitan : umpatan, mengumpat,

Peribahasa

Dari jauh diangkat telunjuk,
     kalau dekat diangkat mata.

Bermaksud :

Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kelimut MSbumpat.Perbuatan begitu tidak menjadi kebiasaan di sini, Yanti. Perbuatan engkau menyertai sepak manggis itu pun sudah amat luar biasa di sini. Mungkin namamu akan dikelimuti oleh orang­orang di sini. Engkau tahulah masyarakat kampung. Pak Hilun menyatakan rasa bimbangnya.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kerepak MSrleteran.Akhirnya dia berbaik-baik semula dengan emak sekadar tidak begitu mengendahkan kerepak dan leter umpat orang tua itu. Dia lebih mengikut perasaan dan fikiran sendiri kerana kalau hendak dikatakan menderhaka, emak lebih menderhaka kepadanya lebih daripada apa-apa.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas