Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengundang mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dsb): dia ~ bebe-rapa teman sekerja ke rumahnya; undangan 1. orang yg diundang, jemputan; 2. panggilan (utk datang), jemputan: pd suatu hari, dia menerima ~ utk menghadiri satu pesta di rumah temannya; pengundang pihak atau orang yg meng-undang: setiap tetamu undangan perlulah memberikan jawaban kpd ~ sama ada ia dapat menghadiri majlis itu atau sebaliknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengundang mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya. undangan 1 orang yg diundang. 2 jemputan atau panggilan utk datang: kad ~ kad jemputan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang
Kata Terbitan : mengundang, pengundang,

Peribahasa

Adat yang kawi,
     syarak yang lazim.

Bermaksud :

Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pengabang Ibpara pengunjung semasa majlis gawai.“Bagaimana dengan orang-orang yang kita undang untuk ngabang? Jika kita belum tahu berapa pengabang yang kita jemput, bagaimana kita membuat persiapan?” soal Pungga.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas