[u.sul]/[u.sul] | اصول
Definisi : 1. mula, asal mula, asal; bangsawan ~ bangsawan yg diwarisi (drpd nenek moyang); 2. yg semula (sejati), yg asli: ditanggalkan-nya baju panjang yg dipakainya itu, maka nampaklah ~ tubuhnya; 3. ki sifat yg semula, kelakuan, perangai, tabiat; ~ asal = asal ~ asal keturunan, salasilah; ~ bangsawan (budiman) yg bersifat bangsawan (budiman); ~ fikiran pokok (isi, asas) fikiran; ~ menunjukkan asal prb perangai menunjuk-kan bangsa (darjat); ~ ~, asal asal, asal jangan ditinggalkan prb dlm mengerjakan sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan; berusul bermula (dr), berasal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[u.sul]/[u.sul] | اصول
Definisi : pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[u.sul]/[u.sul] | اصول
Definisi : ; ~ periksa penyelidikan yg cermat, soalan utk mengetahui (menyelidiki) sesuatu: dgn tidak ~ periksa, ia mempercayainya; mengusul, mengusuli memeriksai (dgn cermat), mengusut, menyelidiki; pengusulan perihal mengusul (dgn hati-hati), pemeriksaan, penyelidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[u.sul]/[u.sul] | اصول
Definisi : 1 asal mula; asal. 2 yg asli atau yg sejati. ~ asal, = asal ~ asal keturunan. ~ fikiran pokok atau asas fikiran. berusul bermula dr; berasal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[u.sul]/[u.sul] | اصول
Definisi : fikiran atau pendapat yg dikemukakan utk dipertimbangkan dll; cadangan; anjuran. mengusulkan mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul; pencadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[u.sul]/[u.sul] | اصول
Definisi : ; ~ periksa pemeriksaan yg teliti atau cermat: Tanpa ~ periksa lagi, ia menuduh orang itu mencuri duitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)