tuchok, *tuchuk* Ib | cicak liar. | Semasa berhuma, kalau ada mendengar bunyi tuchok pada waktu siang, petanda ini sungguh baik. Ia menunjukkan rezeki itu akan meningkat atau bertambah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngingit Ib | riang-riang. | Mendengar ngingit berbunyi pada waktu tengah hari di huma amat tidak baik dan pantang besar. Suatu upacara mesti diadakan untuk mengurangkan alamat buruk ini dan orang yang dijemput, mestilah orang yang benar-benar berkebolehan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
telenga atap Ib | bahagian atap yang boleh dibuka untuk pengudaraan di waktu siang. | Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melasik MSr | membersihkan rumput-rumput/semak, babat. | Selalunya waktu matahari sudah hampir-hampir tegak di atas kepala begini, Bidin dengan senang sudah dapat melasik tujuh atau lapan pokok kelapanya. Tetapi hari ini, jangankan tujuh batang, empat batang pun dia belum terlasik lagi. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selampandai Ib | sejenis belalang yang dipercayai boleh memberi petanda tentang jantina anak yang bakal lahir. | Mendengar selampandai berbunyi pada waktu tengah hari juga pantang besar. Kalau burung ini didengar di huma, suatu upacara bagi mengurangkan alamat buruk yang dibawa oleh burung mesti diadakan di huma itu. Orang yang memang mahir dalam perkara ini juga mesti dijemput. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |