Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wu.jud] | وجود

Definisi : 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar­benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wu.jud] | وجود

Definisi : 1 adanya (sesuatu); sedia ada. 2 sesuatu yg berupa dan dpt dilihat, diraba dll. 3 benda yg nyata (bukan roh dll). berwujud 1 memang ada dan dpt dipegang atau dpt dipandang; berupa benda yg nyata. 2 konkrit; nyata. mewujud muncul; timbul. mewujudkan 1 menjadikan benar-benar ada. 2 melaksanakan cita-cita dll. 3 menerangkan atau memperlihatkan dgn benda yg nyata. kewujudan keadaan atau hal wujudnya sesuatu. perwujudan perihal berwujud. pewujudan perbuatan atau hal mewujudkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wujud (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ada, sedia ada, hadir, boleh didapati, boleh diperolehi, boleh dipegang, boleh dilihat, nyata, benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya;,
Kata Terbitan : berwujud, terwujud, kewujudan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kemelang sumpah Ibsejenis tumbuhan yang hanya wujud dalam cerita dogeng rakyat Iban yang dipercayai dapat menunjukkan petanda tertentu.Keling berjalan melalui kebun tumbuhan kemelang sumpah yang berwarna merah tua. Lepas itu dia menyoroti pokok-pokok jelunok kampong sabang dan pokok kampong sabang inak.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tagad Kd, Tbhuma.Tempat ini, fikirnya sambil mengerakkan kaki sejak wujud pada siang hari menjadi tempat yang setia aku kunjungi. Dia melangkah. Banyak daripada waktuku habis di sini. Lebih banyak daripada kunjunganku ke tagad.‘Songgorib’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
nunuk ragang Kdsejenis pokok kayu ara merah.Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas