sirat Ib | jenis cawat yang digunakan oleh golongan lelaki Iban pada zaman dahulu. | Selepas itu isteri Irang teringat kepada sirat suaminya yang diperbuat daripada kain hitam sepanjang lima depa, sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dan bayinya. Seterusnya sirat itu dihulurkannya ke bawah dan hujung yang sebelah diikatnya kuat-kuat pada lantai. Melalui satu lubang di tengah bilik dia turun dengan menyusuri sirat yang telah diikatkan sambil mendukung erat bayinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkawir Kd | sejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan. | Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongingindapu Kd | membeli dan menjual. | Mengikut ayah, hanya datuknya sahaja yang mongingindapu gong pada zaman dahulu. Mongingindapu bererti berniaga membeli dan menjual gong. Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangĀorang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tangkob Kd, MSb | tempat menyimpan padi yang diperbuat daripada kulit kayu. | Mengikut cerita ayah, Tongkubung merupakan pengganti gong. Pada zaman dahulu, ia dibawa oleh Bobolian bersama-sama dengan alat muzik Taburi dan Pumpuak ke gebuk padi atau Tangkob semasa melakukan upacara memberi makan dan minum kepada Bambarayon. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketebung Ib | sejenis gendang berbentuk panjang yang dibuat daripada rumbang dan kulit. | Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gendang pampat Ib | sejenis irama yang dihasilkan oleh paluan tujuh biji ketebung iaitu sejenis gendang. | Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ruanti Kd Kj | makhluk halus. | Dan bilik-bilik perempuan itu pun semuanya tertutup kecuali yang bilik ketujuh kerana perempuan yang ketujuh telah pun disumpah oleh orang-orang Ruanti (makhluk halus) pada zaman dahulu. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
unduk ngadau MSb | Ratu cantik sempena Pesta Keamaatan. | Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya. | Jejaka Idaman | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pauh laba Ib | sejenis pauh yang disebut dalam dongeng cerita Iban sahaja yang tumbuh di pusaran air. | PADA suatu masa dahulu ada seorang lelaki bernama Jelenggai. Pada zaman itu orang yang memperolehi buah pauh laba menganggap dirinya amat bertuah. Pauh laba ini tumbuh di pusat air di lautan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |