pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan). | Menengah Atas |
pecahan tak wajar | improper fraction | Pecahan yang pengangkanya bersamaan dengan atau lebih besar daripada penyebut. | Menengah Atas |
pecahan wajar | proper fraction | Pecahan yang nilai pengangkanya lebih kecil daripada nilai penyebut. | Menengah Atas |
pecahan setara | equivalent fraction | Pecahan yang mempunyai nilai yang sama. | Menengah Atas |
pecahan | fraction | Nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan. Nombor ditulis dalam bentuk dengan p ialah pengangka dan q ialah penyebut. | Menengah Atas |
pasangan tertib | ordered pair | Sepasang nombor yang ditulis dalam tertib tertentu. Contohnya, dua pasangan bertertib (a, b) dan (c, d). | Menengah Atas |
parabola | parabola | Lengkung khusus yang terdiri daripada set semua titik pada satah yang sama jarak dari titik fokus, Fdan garis arah (direktriks). Lihat rajah | Menengah Atas |
pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajah | Menengah Atas |
paksi-y | y-axis | Paksi yang mencancang dan berserenjang dengan paksi-x dalam sistem koordinat Cartes. | Menengah Atas |
paksi-x | x-axis | Paksi yang mengufuk dan berserenjang dengan paksi-y dalam sistem koordinat Cartes. | Menengah Atas |