nombor nyata | real number | Sebarang nombor nisbah dan tak nisbah kecuali nombor kompleks. | Menengah Atas |
tanda tak serupa | unlike signs | Tanda yang berbeza dalam sesuatu ungkapan. Contohnya, + dan -, × dan ÷. | Menengah Rendah |
nombor tak nisbah | irrational number | Nombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Bahagian perpuluhan nombor ini tak terhingga dan tidak berulang. | Menengah Atas |
sinar | ray | Bahagian garis yang bermula dari satu titik dan memanjang tak terhingga pada satu arah. | Menengah Atas |
sinar | ray | Bahagian garis yang bermula dari satu titik dan memanjang tak terhingga pada satu arah. | Menengah Rendah |
pemboleh ubah bersandar | dependent variable | Pemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Contohnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah bersandar ialah y dan pemboleh ubah tak bersandar ialah x. | Menengah Atas |
pengamiran | integration | Proses untuk mencari kamiran sama ada kamiran tentu atau kamiran tak tentu dan merupakan proses songsangan bagi pembezaan. | Menengah Atas |
nombor nyata | real number | Sebarang nombor yang terletak pada garis nombor yang meliputi nombor nisbah dan nombor tak nisbah. | Menengah Rendah |
sebutan tak serupa | unlike terms | Sebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang berbeza, atau mempunyai pemboleh ubah yang berbeza dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 5x dan 5x² (ii) 2x² dan 3y². | Menengah Atas |
tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti, iaitu tidak malar. | Menengah Atas |