baki | remainder | Sebarang nilai yang tinggal apabila satu nombor dibahagikan dengan satu nombor yang lain. Contohnya, 7 ÷3 = 2 dengan baki 1 . Lihat Contoh | Menengah Rendah |
teorem baki | remainder theorem | Teorem yang menyatakan bahawa jika suatu polinomial f(x) dibahagi dengan (x - a), dan a merupakan sebarang nombor nyata, maka bakinya ialah f(a). | Menengah Atas |
nombor ganjil | odd number | Nombor bulat yang mempunyai baki satu apabila dibahagikan dengan dua. Contoh, 1, 3, 7, 9, 11, 13, 15, … | Sekolah Rendah |
baki1 | balance | Amaun yang tinggal selepas sejumlah amaun dikurangkan. Baki juga ialah hasil tolak dua nombor atau nilai. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
nombor genap | even number | Nombor bulat yang boleh dibahagi dengan dua tanpa baki. Contoh, 2, 4, 6, 8, 10, 12, … | Sekolah Rendah |
boleh bahagi | divisible | Perihal satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan satu nombor yang lain tanpa baki. | Menengah Atas |
boleh bahagi | divisible | Perihal satu nombor yang boleh dibahagi secara tepat dengan satu nombor yang lain tanpa baki. | Menengah Rendah |