Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~; ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota; ~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataan­nya, mengingkari janji, berbohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berputar

Peribahasa

Untung sebagai roda pedati.

Bermaksud :

Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
putaranrotation"Proses penjelmaan yang berlaku apabila setiap titik rajah berputar pada suatu titik tetap melalui sudut tertentu dan mengikut arah tertentu. Lihat ContohMenengah Atas
putaranrotationPenjelmaan yang berlaku apabila setiap titik pada rajah berputar pada pusat putaran melalui sudut tertentu dan arah tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
pusat putarancentre of rotationTitik tetap yang padanya setiap titik pada satah berputar melalui sudut dan arah tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
isi padu kisaranvolume of revolutionIsi padu imej yang terbentuk apabila rantau berlorek berputar pada paksi-x atau paksi-y sebanyak 360°. Lihat rajahMenengah Atas

Kembali ke atas