Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : berharap kpd pertolongan orang utk hidup atau utk maju dsb: Mereka terlalu benar ~ pd bantuan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersandar

Puisi
 

Lentik sungguh pipi kijang,
     Anak rusa minum di mangkuk;
Adik kecil dadanya bidang,
     Tempat abang bersandar mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersandar di batang rengas,
     gatallah badan.

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemboleh ubah bersandardependent variablePemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Contohnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah bersandar ialah y dan pemboleh ubah tak bersandar ialah x.Menengah Atas
pemboleh ubah tak bersandarindependent variableLihat pemboleh ubah bersandar.Menengah Atas
pemboleh ubah bersandardependent variablePemboleh ubah yang menjadi perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan P ialah pemboleh ubah bersandar.Menengah Rendah
pemboleh ubah tak bersandarindependent variablePemboleh ubah yang selain daripada perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan x ialah pemboleh ubah tak bersandar.Menengah Rendah
fungsifunctionHubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar.Menengah Rendah
peristiwa bersandardependent eventPeristiwa yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Contohnya, jika peristiwa A berlaku, hal ini akan mempengaruhi kebarangkalian berlakunya peristiwa B.Menengah Atas
peristiwa tak bersandarindependent eventPeristiwa yang tidak dipengaruhi oleh peristiwa yang lain. Contohnya, jika peristiwa A berlaku, hal ini tidak akan mempengaruhi peristiwa B.Menengah Atas
percubaan tak bersandarindependent trialUji kaji yang dijalankan dan tidak mempengaruhi uji kaji lain.Menengah Atas
pembezaandifferentiationSatu ukuran yang menerangkan bagaimana perubahan pemboleh ubah tak bersandar (fungsi y atau f(x) ) apabila pemboleh ubah bersandarnya (x) berubah. Simbol yang digunakan ialah atau f'(x).Menengah Atas

Kembali ke atas