Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertindih

Puisi
 

Pokok keduduk bercabang tiga,
     Akar palas bersimpul pulih;
Sungguh duduk bertindih riba,
     Jangan diharap kata nak boleh.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih),
     cacing di bawah juga.

Bermaksud :

Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
teselasitessellationCorak yang terhasil apabila beberapa jenis bentuk disusun rapat tanpa bertindih untuk menutup keseluruhan satah. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas