Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sebutanterm1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya.Menengah Rendah
orientasiorientationHala sesuatu. Contohnya, arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri dan sebelah kanan.Menengah Rendah
hubunganrelationPerkaitan antara pemboleh ubah. Contohnya, x < y, a² + b² = 1 dan 3p + 4q = 5.Menengah Rendah
dekaddecadeJangka masa 10 tahun. Contohnya, 1 dekad = 10 tahun.Menengah Rendah
darjahdegreeUnit ukuran bagi sudut (°). Contohnya, tiga puluh darjah ditulis sebagai 30°.Menengah Rendah
pekalicoefficientFaktor dalam sesuatu hasil darab. Contohnya, dalam ungkapan 4y² + 3y, y sebagai pemboleh ubah, pekali y² ialah 4 dan pekali y ialah 3.Menengah Atas
darjahdegree1. Unit ukuran bagi sudut (°). Contohnya, darjah sudut tegak = 90°. 2. Kuasa tertinggi bagi pemboleh ubah dalam suatu polinomial.Menengah Atas
pekalicoefficientFaktor dalam sesuatu hasil darab. Contohnya, dalam ungkapan −3x + 4y, pekali x ialah −3 dan pekali y ialah 4.Menengah Rendah
lajurcolumnSusunan menegak dalam suatu jadual. Contohnya, A, B, C termasuk dalam lajur pertama bagi jadual di bawah. Lihat ContohMenengah Rendah
kilo-kilo-Awalan yang bermaksud satu ribu. Contohnya, 1 kilowatt bersamaan seribu watt.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas