sudut positif | positive angle | Sudut yang terbentuk jika diukur mengikut arah lawan jam bermula dari paksi-x. Lihat rajah | Menengah Atas |
sudut putaran | angle of rotation | Sudut yang terbentuk apabila suatu garis diputarkan dari satu kedudukan asal ke satu kedudukan baru. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut pada lilitan | angle at the circumference | Sudut yang terbentuk apabila garis dari dua titik hujung lengkok bertemu pada titik ketiga di lilitan sesuatu bulatan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut | angle | Ruang di antara dua garis lurus yang berpunca dari titik yang sama. Sudut diukur dalam unit darjah (°) Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pepenjuru sekunder | secondary diagonal | Pepenjuru dalam matriks yang membentuk garis lurus bermula dari sebelah atas sudut kanan matriks hingga ke sebelah bawah sudut kiri matriks. Lihat Contoh | Menengah Atas |
bearing | bearing | Arah kompas yang menyatakan dalam unit darjah suatu sudut yang diukur dari utara mengikut arah jam. Lihat rajah | Menengah Atas |