Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.duk.si] | ديدوکسي

Definisi : (déduksi) 1. kesimpulan atau rumusan yg dibuat drpd maklumat atau fakta yg ada; 2. perihal (perbuatan, kaedah, dsb) membuat kesimpulan dgn berdasarkan maklumat atau fakta yg ada; mendeduksikan 1. membuat kesimpulan (penemuan dll) drpd keadaan yg umum kpd yg khusus: pengujian ini dilakukan dgn ~ penemuan itu drpd hipotesis tersebut; 2. merumuskan fakta (kaedah) berdasarkan maklumat yg ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.duk.si] | ديدوکسي

Definisi : ist (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya. mendeduksikan membuat kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya; membuat deduksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deduksi


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
deduksideductionProses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik.Menengah Atas

Kembali ke atas