Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
separuh bulatansemicircleBentuk setengah bulatan yang dikenali juga sebagai semibulatan. Lihat ContohSekolah Rendah
abadcenturyTempoh selama 100 tahun. Abad dikenali juga sebagai kurun. 1 abad = 100 tahun.Sekolah Rendah
bajetbudgetAnggaran wang pendapatan dan perbelanjaan. Bajet dikenali juga sebagai belanjawan.Sekolah Rendah
alafmillenniumTempoh selama 1 000 tahun. Alaf dikenali juga sebagai milenium. 1 alaf = 1 000 tahun.Sekolah Rendah
muatancapacityJumlah maksimum yang dapat ditampung oleh sesuatu. Muatan dikenali juga sebagai kapasiti. Lihat ContohSekolah Rendah
pelan tegakelevationLakaran menegak objek yang dipandang dari sisi tertentu. Pelan tegak dikenali juga sebagai dongakan. Lihat rajahMenengah Atas
wangmoneyAlat pertukaran yang mempunyai nilai tertentu bagi urusan jual beli. Wang dikenali juga sebagai duit.Sekolah Rendah
segi tiga bersudut tegakright-angled triangleSegi tiga yang salah satu sudutnya 90°, dikenali juga sebagai segi tiga bersudut tepat. Lihat rajahMenengah Atas
sama lateralequilateralPerihal suatu poligon yang mempunyai sisi yang sama panjang. Sama lateral dikenali juga sebagai sama sisi. Lihat rajahMenengah Atas
pantulanreflectionPenjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajahMenengah Atas
123

Kembali ke atas