Glosari Matematik Untuk Sekolah
perwakilan data | data representation | Data yang ditunjukkan dalam bentuk grafik. | Sekolah Rendah |
kuantiti | quantity | Jumlah atau bilangan sesuatu yang ditunjukkan oleh sebarang angka. | Menengah Rendah |
darjah | degree | Unit ukuran bagi sudut. Simbol darjah ditunjukkan sebagai °. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kecenderungan memusat | central tendency | Sukatan perwakilan bagi sekumpulan data yang ditunjukkan oleh satu nilai tertentu sama ada min, median, atau mod. | Menengah Rendah |
jam digital | digital clock | Jam yang tidak mempunyai jarum penanda jam, minit dan saat. Masa ditunjukkan oleh angka. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kurang daripada | less than | Perihal hubungan antara sepasang nombor yang menunjukkan nombor mana mempunyai nilai yang lebih kecil. Hubungan ini ditunjukkan dengan simbol <. Contohnya, 7 < 8 yang bermaksud 7 kurang daripada 8. | Menengah Rendah |
Kembali ke atas