dividen | dividend | Untung yang diberikan ke atas wang yang dilaburkan untuk perniagaan atau saham. | Sekolah Rendah |
cukai perkhidmatan | service tax | Cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti hotel dan restoran makanan segera. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
deposit | deposit | Sejumlah wang yang diberikan sebagai bayaran permulaan ke atas pembelian barang atau harta. Deposit dikenali juga sebagai cengkeram atau wang pendahuluan. | Sekolah Rendah |
cukai | tax | Wang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu ke atas pendapatan yang diterima, harta yang dimiliki atau perkhidmatan yang disediakan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
operasi aritmetik | arithmetic operation | Proses penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian ke atas nombor. | Menengah Rendah |
instrumen pembayaran | payment instrument | Alat yang digunakan untuk membuat pembayaran ke atas harga barang atau nilai perkhidmatan yang diterima. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
ketinggian | height | Ukuran sesuatu objek dari tapak (bawah) hingga ke puncak (atas). Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sebutan ke-n | nth term | Sebutan yang boleh mewakili sebarang nilai yang diberikan dalam satu persoalan matematik. Contohnya, jika n = 7, maka sebutan yang dimaksudkan ialah sebutan ke-7. | Menengah Atas |
tertib operasi | order of operations | Kaedah melakukan operasi sama ada dengan operasi darab dan bahagi dari kiri ke kanan, serta tambah dan tolak dari kiri ke kanan. | Menengah Atas |
pepenjuru utama | main diagonal | Pepenjuru dalam matriks segi empat sama yang bermula pada sudut kiri sebelah atas hingga ke sudut kanan sebelah bawah matriks. | Menengah Atas |