Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tangramtangramSegi empat sama yang terbahagi kepada 5 segi tiga, 1 segi empat sama dan 1 segi empat selari yang boleh disusun untuk dipadankan dengan reka bentuk tertentu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
titik tak berubahinvariant point1. Titik yang menjadi nilai kepada titik itu sendiri berdasarkan fungsinya. 2. Titik yang kekal sama kedudukannya selepas proses penjelmaan.Menengah Atas
faedahinterest1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu.Menengah Atas
punca persamaanroot of an equationNilai yang merupakan penyelesaian kepada sesuatu persamaan. Contoh: x² − x − 2 = 0. Nombor −1 dan 2 ialah punca persamaan ini.Menengah Rendah
tukarconvertMengubah satu unit kepada unit yang lain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
komisencommissionUpah yang diberikan kepada seseorang apabila berjaya menjual sesuatu barang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
dermadonationBantuan berbentuk wang dan benda kepada orang atau pihak yang memerlukan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
sukuanquadrant1. Suku sesuatu bulatan, sama ada sebagai lengkung ataupun kawasan. 2. Salah satu bahagian apabila satah dibahagikan kepada empat bahagian dengan sepasang paksi koordinat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
tangen kepada lengkungtangent to a curveGaris lurus yang menyentuh lengkungan pada suatu titik, tanpa memotongnya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
normal kepada lengkungnormal to a curvePerihal garis yang serenjang dengan tangen pada titik yang berkenaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
1234

Kembali ke atas