Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuadratik


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ketaksamaan kuadratikquadratic inequalityKetaksamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik seperti ax2 + bx + c > 0, ax2 + bx + c < 0, ax2 + bx + c ≥ 0 dan ax2 + bx + c ≤ 0, dengan a≠ 0, a, b dan c ialah pemalar.Menengah Atas
pembeza layandiscriminantUngkapan b² - 4ac dalam persamaan kuadratik ax² + bx+ c = 0. Pembeza layan boleh digunakan untuk menentukan jenis punca kepada persamaan kuadratik. Lihat rajahMenengah Atas
ungkapan kuadratikquadratic expressionUngkapan dalam bentuk am ax² + bx+ c, dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0.Menengah Atas
persamaan kuadratikquadratic equationPersamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2.Menengah Atas
fungsi kuadratikquadratic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas
persamaan kuadratikquadratic equationPersamaan yang boleh ditulis dalam bentuk ax² + bx + c = 0, dengan a, b dan c ialah nombor nyata, dan a ≠ 0.Menengah Rendah
hasil tambah puncasum of rootsJika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil tambah punca ialah α + ß.Menengah Atas
hasil darab puncaproduct of rootsJika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil darab punca ialah αß.Menengah Atas

Kembali ke atas