Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni/] | مانيق

Definisi : 1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butir­butir kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll: setelah sejuk sapu-kan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek; bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran; bermanik-manik 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni/] | مانيق

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), Aglaia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni/] | مانيق

Definisi : butir kaca dll yg berlubang dan dicucuk banyak-banyak utk dijadikan kalung dll. bermanik-manik berbutir-butir spt manik (bkn peluh, embun dll): Dlm panas matahari itu, kelihatan peluhnya ~ di dahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manik (kata nama)
Bersinonim dengan manas, merjan.,

Puisi
 

Katang-katang berisi manik,
     Manik berisi campur padi;
Saya datang hendaklah naik,
     Mana tempat membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dekak-dekakabacusAlat mengira yang mempunyai manik dan tiang untuk mewakili nilai tempat bagi sesuatu nombor. Lihat ContohSekolah Rendah
abakusabacusAlat mengira berbentuk bingkai, mempunyai batang kayu atau besi menegak dan manik yang boleh digerak-gerakkan. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas