pembesaran | enlargement | Penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu dan mempunyai pusat atau titik tetap. | Menengah Atas |
translasi | translation | Penjelmaan yang melibatkan pemindahan semua titik pada suatu satah melalui arah dan jarak yang sama. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pembesaran | enlargement | Transformasi @ penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
ketaksamaan linear | linear inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan linear seperti ax + b > 0, ax + b < 0, ax + b ≥ 0 atau ax + b ≤ 0, dengan a ≠ 0, a, b dan c ialah pemalar. | Menengah Atas |
ketaksamaan kuadratik | quadratic inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik seperti ax2 + bx + c > 0, ax2 + bx + c < 0, ax2 + bx + c ≥ 0 dan ax2 + bx + c ≤ 0, dengan a≠ 0, a, b dan c ialah pemalar. | Menengah Atas |
sebutan serupa | like terms | Sebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang sama dan kuasa setiap pemboleh ubah adalah sama. Contohnya, (i) 3x dan -2x (ii) 5x² dan 6x² | Menengah Rendah |
persamaan linear | linear equation | Persamaan yang melibatkan ungkapan linear. Contohnya, 2x + 3 = 8. | Menengah Rendah |
ketaksamaan linear | linear inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan linear. Contohnya, 2x + 3 > 0. | Menengah Rendah |
sebutan tak serupa | unlike terms | Sebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang berbeza atau kuasa setiap pemboleh ubah adalah berbeza. Contohnya, 3x dengan 3x², dan 2y dengan 2z. | Menengah Rendah |
persamaan tak linear | non-linear equation | Persamaan yang melibatkan ungkapan tak linear. Contohnya, 2x² + 4x = 1. | Menengah Rendah |