Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.kis] | ملوکيس

Definisi : 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.kis] | ملوکيس

Definisi : membuat gambar dgn menggunakan cat, pensel dll: Dia ~ gambar kucing pd kertas itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sesikuset squareAlat melukis berbentuk segi tiga bersudut tegak, yang digunakan untuk melukis garis selari, garis serenjang dan garis bersudut. Lihat ContohMenengah Rendah
binaconstructMelukis dengan menggunakan peralatan geometri untuk menghasilkan lukisan yang tepat.Menengah Rendah
surihtraceMelukis di atas garis imej atau menyalin pada kertas jarang. Lihat ContohSekolah Rendah
protraktorprotractorAlat yang digunakan untuk melukis dan mengukur sudut. Protraktor separuh bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 180°, manakala protraktor bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 360°. Lihat rajahMenengah Atas
sesikuset squareAlat yang digunakan untuk melukis garis selari, garis serenjang dan garis bersudut. Lihat rajahMenengah Atas
plotplotPerbuatan menanda titik-titik untuk melukis graf berdasarkan koordinat yang diberi. Lihat rajahMenengah Atas
jangka lukiscompassesAlat geometri yang digunakan untuk melukis lengkuk atau bulatan. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas