Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membahagi


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pembahagidivisorNombor yang membahagi nombor lain. Lihat ContohSekolah Rendah
titik tengahmidpointTitik yang membahagi dua sama sesuatu tembereng.Menengah Rendah
pembahagidivisorNombor yang boleh membahagi tepat nombor bulat yang lain. Lihat ContohMenengah Rendah
kongsi sama banyakshare equallyMembahagi objek atau nilai sama banyak dengan orang lain. Lihat ContohSekolah Rendah
faktor sepunyacommon factorFaktor yang membahagi dengan tepat dua atau lebih nombor atau ungkapan algebra yang lain. Lihat ContohMenengah Atas
faktor sepunyacommon factorNombor yang membahagi dengan tepat dua atau lebih nombor lain. Contohnya, 4 ialah faktor sepunya bagi 16 dan 20.Menengah Rendah
pembahagidivisorNombor bulat (atau polinomial) yang boleh membahagi tepat nombor bulat (atau polinomial) yang lain. Contohnya, 27 ÷ 3 = 9. 3 ialah pembahagi.Menengah Atas
faktorfactorNombor, sebutan atau ungkapan algebra yang membahagi dengan tepat suatu nombor, sebutan atau ungkapan yang diberi. Contohnya, 4 ialah salah satu faktor bagi 12, 4x ialah salah satu faktor bagi 12x² dan (x + 1) ialah salah satu faktor bagi (x² – 1).Menengah Atas
kiracalculateProses untuk mencari jawapan, biasanya dengan melakukan operasi menambah, menolak, mendarab atau membahagi sebarang nombor. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas