Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Peribahasa

Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.

Bermaksud :

Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
halaju seketikainstantaneous velocityHalaju objek pada masa tertentu.Menengah Atas
pelaburaninvestmentWang yang digunakan untuk perniagaan tertentu yang akan memberi keuntungan pada masa hadapan seperti pembelian saham, dan menjadi ahli koperasi sekolah.Sekolah Rendah
nombor indeksindex numberNombor yang menunjukkan ukuran perubahan suatu kuantiti seperti harga barang, gaji, guna tenaga, dan anjakan pengeluaran pada suatu tempoh masa tertentu berbanding dengan nilainya pada waktu asas, 100.Menengah Atas
graf halaju-masavelocity-time graphGraf yang menunjukkan hubungan antara halaju sesuatu objek dalam tempoh masa yang tertentu. Kecerunan garis pada graf menunjukkan ukuran pecutan. Luas di bawah graf menunjukkan jarak yang dilalui oleh objek berkenaan. Lihat rajahMenengah Atas
haridayUnit bagi tempoh masa bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya, iaitu 24 jam.Menengah Atas
halajuvelocityKadar perubahan jarak objek pada arah tertentu sesaran terhadap masa.Menengah Atas

Kembali ke atas