julat | range | 1. Dalam statistik, julat ialah perbezaan antara nilai yang terbesar dengan nilai yang terkecil dalam suatu set data. 2. Dalam hubungan, julat ialah subset kodomain yang merupakan imej bagi objek dalam domain. | Menengah Atas |
julat | range | Beza antara nilai yang terkecil dengan nilai terbesar dalam satu set data. | Menengah Rendah |
julat | range | Perbezaan antara nilai terbesar dengan terkecil dalam satu set data. Rumus julat: julat = nilai terbesar – nilai terkecil, atau: nilai maksimum – nilai minimum. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
julat antara kuartil | interquartile range | Julat antara kuartil pertama dengan kuartil ketiga bagi suatu set data. Julat ini merupakan satu cara untuk menghuraikan sebaran suatu set data. Lihat Contoh | Menengah Atas |