set semesta | universal set | Set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x. | Menengah Atas |
set | set | Sekumpulan unsur yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Set ditulis menggunakan tatatanda set { }. Contohnya, {2, 4, 6, 8} merupakan set yang terdiri daripada nombor genap kurang daripada 10. | Menengah Atas |
set nol | null set | Lihat set kosong. | Menengah Atas |
set kosong | empty set | Set yang tidak mengandungi sebarang unsur, yang ditulis sebagai Ø atau { }. | Menengah Atas |
unsur set | element of a set | Nombor, huruf atau objek yang dikandung oleh suatu set. Contohnya, unsur set {a, b, c} ialah huruf a, b, dan c. | Menengah Atas |
set sama | equal sets | Set yang mempunyai unsur yang sama pada setiap set. | Menengah Atas |
persilangan set | intersection of sets | Set unsur-unsur sepunya bagi dua atau lebih set yang berbeza. Persilangan digambarkan dengan simbol ∩. Lihat Contoh | Menengah Atas |
tatatanda set | set notation | Penggunaan simbol tertentu untuk mewakili pelbagai konsep berkaitan dengan operasi sesuatu set. Lihat Contoh | Menengah Atas |
taburan | distribution | 1. Susunan relatif suatu set nombor. 2. Satu set nilai bagi satu pemboleh ubah, dan kekerapan setiap nilai tersebut. | Menengah Atas |
varians | variance | Min untuk penjumlahan kuasa dua sisihan daripada min bagi satu set data. Varians mengukur saiz sebaran sesuatu set data daripada nilai puratanya. | Menengah Atas |