Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gen] | تڠݢن

Definisi : (tan.gen) (Mat) 1. garis sentuh; 2. fungsi trigonometri bagi sudut tirus pd segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah antara sisi-sisi lebih pendek yg bertentangan dan ber­sebelahan dgn sudut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gen] | تڠݢن

Definisi : /tan.gen/ ist 1 garisan lurus yg menyentuh lengkungan (lilitan bulatan) pd satu titik, atau lengkungan yg menyentuh garis lurus pd satu titik tetapi tidak menyilanginya. 2 fungsi sudut tirus dlm segi tiga tepat, iaitu nisbah panjang garis tegak dgn panjang garis datar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangen


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tangentangentFungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi bertentangan sudut terhadap panjang sisi sebelah sudut pada suatu segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, tan. Lihat ContohMenengah Rendah
tangen kepada lengkungtangent to a curveGaris lurus yang menyentuh lengkungan pada suatu titik, tanpa memotongnya. Lihat rajahMenengah Atas
tangen kepada bulatantangent to a circleGaris lurus yang menyentuh bulatan hanya pada suatu titik tanpa memotongnya. Lihat rajahMenengah Atas
titik pusinganturning pointTitik pada graf yang menunjukkan tempat perubahan kecerunan tangen daripada nilai positif kepada negatif atau sebaliknya. Titik pusingan mungkin merupakan titik maksimum atau titik minimum. Lihat rajahMenengah Atas
normal kepada lengkungnormal to a curvePerihal garis yang serenjang dengan tangen pada titik yang berkenaan. Lihat rajahMenengah Atas
titik sentuhanpoint of contactTitik tunggal tempat dua lengkungan bersentuhan atau titik pertemuan tangen dengan lengkung. Contohnya, dua bulatan hanya boleh bersentuhan pada satu titik sentuhan. Lihat rajahMenengah Atas
fungsi trigonometritrigonometric functionFungsi yang nilainya ditakrif sebagai nisbah antara sisi dalam segi tiga bersudut tegak. Terdapat 6 jenis fungsi trigonometri, iaitu sinus, kosinus, tangen, kotangen, sekan dan kosekan. Lihat ContohMenengah Atas

Kembali ke atas