| meliana MSb | kaya raya. | Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| jeraya MSr | jalan raya. | Cuma satu malam, mereka keluar ke jeraya lalu singgah di sebuah perhentian bas - selepas lebih kurang setahun persahabatan baiknya dengan Ahtieng berlangsung - Ahtieng merebahkan dirinya di pangkuannya; sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba dan di luar sangkaannya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| penganan iri Ib | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras/ubi dan gula merah atau gula nipah, penyaram. | Ini Chakoi menjual kuih penganan iri dan nasi pulut yang dimasak dalam ruas buluh. Jualan mereka laris, dibeli oleh buruh-buruh jalan raya dan orang yang lalu?lalang. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |