| juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| enseriban Ib | sejenis ikan air tawar yang hidup di sungai atau danau-danau kecil di kawasan berpaya. Badannya bersisik dan berkilat. | Saya berdiri di segi tikar rotan. Membawa seekor ayam berwarna menyerupai ikan enseriban. Bulu ekornya layu dan bahunya berlurah-lurahan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tonyu Bd | pelantar di luar rumah untuk menyimpan atau menjemur barang, kain, air dan sebagainya dan didirikan berasingan dengan rumah panjang. | Beberapa ekor anak ayam yang sedang mengais di bawah tonyu bertempiaran lari. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| penjaram MSb | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras. | ODU Launai sibuk. Seekor ayam, pasti jadi habuan. Begitu juga dengan kain putih, hitam, hijau dan merah. Tidak ketinggalan air tapai dan kuih penjaram. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |