Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
juruk MSrdi bahagian bawah rumah (bahagian dapur).Kalaulah Pak Karim bangun dengan cepat, secepat dengan tindakannya menggoncang tubuh badan lakinyaitu, tentulah pencuri itu tertangkap atau paling tidak pun dia akan terjatuh lalu patah kaki atau patah tangan atau mungkin juga mukanya terjunam ke parit juruk di belakang rumah mereka.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulung-kulung Kdbahagian bawah rumah.Bangunan-bangunan tinggi yang memuncak begitu cantik, terlalu asing bagiku. Tidak seperti yang aku rasakan di kampungku, terlalu damai melihat kerbau-kerbau jinak berkeliaran di bawah kulung-kulung rumah.Jangan ke KotaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maturun Kd Kjkain hitam yang dihiasi linangkit.Maturun - iaitu kain jenis hitam yang dihiasi dengan linangkit, manakala di bahagian bawah kain itu dihiasi dengan karieng, iaitu sejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karieng Kd Kjsejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga.Maturun - iaitu kain jenis hitam yang dihiasi dengan linangkit, manakala di bahagian bawah kain itu dihiasi dengan karieng, iaitu sejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
almanis Bj, Slhiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada.Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya.Sejambak Bunga EmasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ajung Bj, Tbsejenis perahu atau rakit kecil dihiasi bendera berwarna-warni dan diisi dengan pelbagai jenis makanan, dan dihanyut di laut atau sungai. Ini sebagai sebahagian upacara pengubatan.Bentuk ajung ini menyerupai seperti sebuah perahu biasa, tetapi di bahagian bawahnya kelihatan seperti rakit, kerana bahagian bawah perahu itu diperbuat daripada bambu bulat yang dicantum-cantumkan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lombohon Kdbatang buluh yg paling panjang pada bahagian sompoton.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
korandabit Kdbahagian alat muzik sompoton yg terdiri daripada buluh sumbiling yang kedua dan ketiga panjang.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ubar suluk Bj, Slsejenis pohon kayu bakauLepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kayu ubal Bj Smsejenis pokok kayu yang kulitnya dijadikan pewarna (merah tua).Lepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah.www.berita Harian.com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas