| sikutan Tb | Bakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut. | “Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?” | Sikutan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| daran LB | para di atas unggun api yang dijadikan tempat menyimpan kayu api. | Periuk ini terlalu kecil untuk makananku, katanya lalu mencapai kawah dan menyalakan api di bawahnya. Digoncang-goncangnya daran supaya lipas-lipas jatuh dan terapung-apung di dalam kawah itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lanjik Ib | bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi. | Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| daling-daling Bj, Sl | sejenis tarian tradisi suku kaum Bajau dan Suluk. | Mata Omar terus melotot menatap bibir Saire yang lincah berhujah seperti mengucapkan bait-bait puisi. Tahi lalat di bibir bawahnya cukup membuktikan kefasihannya berbicara. Melihat gerakan tangannya seperti terbayangkan Saire menari daling-daling di hadapannya. | Sejambak Bunga Emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| jabbang Bj Sp | taming atau perisai. | Taming atau perisai ini terdiri daripada dua jenis yang sering terdapat pada masyarakat Bajau Semporna iaitu taming jenis Jabbang yang bentuknya panjang kira-kira dua kaki di bahagian hujung sebelah atas dan bawahnya berbentuk tajam. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ajung Bj, Tb | sejenis perahu atau rakit kecil dihiasi bendera berwarna-warni dan diisi dengan pelbagai jenis makanan, dan dihanyut di laut atau sungai. Ini sebagai sebahagian upacara pengubatan. | Bentuk ajung ini menyerupai seperti sebuah perahu biasa, tetapi di bahagian bawahnya kelihatan seperti rakit, kerana bahagian bawah perahu itu diperbuat daripada bambu bulat yang dicantum-cantumkan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |