| labang beruang, *laba beruang* Ib | membawa petanda atau alamat baik. | Kalau kita nampak beruang semasa pergi ke huma, ini juga tidak baik. Maksudnya sama dengan burung atau binatang lain yang membawa nasib yang tidak baik. Tetapi kalau kita nampak ia datang menuju kita dari hadapan, ini baik kerana ia menghantar tuah yang dipanggil burung labang beruang kepada kita. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| komburongoh, *komburongo* Kd | 1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus. | Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |