Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carik in

Puisi
 

Secarik dua carik,
     Tebu lontong kusangka kayu;
Kalau dibeli bercarik-carik,
     Manakan dapat sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bisak MSrkoyak, carik.Menyedari emaknya belum bersedia untuk baring, Ayu menarik baju tidur emaknya. Esah terdorong ke katil lalu terlentang. "Eh, koyak baju emak nanti. Budak niii! Kalau bisak baju mak ni kau ada duit nak ganti?"Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ridang Ibkoyak besar.“koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kendis Ibcara mencukur rambut iaitu dengan mencukur di bahagian tepi kepala sahaja manakala bahagian tengah dan ubun-ubunnya dibiarkan. Biasanya bagi kanak-kanak untuk mengelakkan penyakit kudis.“koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas