| bisak MSr | koyak, carik. | Menyedari emaknya belum bersedia untuk baring, Ayu menarik baju tidur emaknya. Esah terdorong ke katil lalu terlentang. "Eh, koyak baju emak nanti. Budak niii! Kalau bisak baju mak ni kau ada duit nak ganti?" | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ridang Ib | koyak besar. | “koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kendis Ib | cara mencukur rambut iaitu dengan mencukur di bahagian tepi kepala sahaja manakala bahagian tengah dan ubun-ubunnya dibiarkan. Biasanya bagi kanak-kanak untuk mengelakkan penyakit kudis. | “koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |