| kelupit LB | sejenis raga sandang dianyam daripada rotan yang digunakan oleh lelaki untuk membawa barang, dan selalunya dijadikan barang hantaran perkahwinan untuk pengantin perempuan. | Maka mereka pun berangkat dari rumah Ilan Piuh itu. Kelupit tadi dibawa Ilan Piuh di belakangnya dan dia (Ilan Piuh) dibawa oleh Ilan Buser di belakangnya. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| idas Bd, Ib | sejenis tikar yang dianyam daripada rotan kulit kayu. | Mereka berkejar pulang ke Panggau Libau. Sampai di sana mereka nampak tikar dan idas sudah dihamparkan di pelantaran untuk menyabung semula, hanya menunggu ketibaan mereka berdua. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| karaban Kd | bekas bertutup daripada buluh yang dianyam, digunakan untuk menyimpan damak sumpitan. | Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| mansai Ib | menangkap ikan menggunakan sejenis alat yang dianyam daripada rotan atau bemban. | Dapat tak ikan? tanya orang itu. "Dapatlah, tak pernah begini," jawab Ensimau. "Sebab itulah saya suruh awak mansai sebab saya lihat banyak ikan di situ tadi," jelas orang itu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| jagan Ib | sejenis bekas yang terbuka dan lebar dianyam daripada buluh atau bemban. | Apabila mereka sampai di rumah Lemambang, nenek Inda lalu mengayak titik darah adik Lemambang yang melekat pada daun dengan jagan, ditiup dengan penampi dan ditempa dengan peputan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pendam Ib | tanah perkuburan. | Apai Layoh juga sukar melontarkan rasa bimbangnya, mahu sahaja dianyam dalam sisipan rotan-rotan yang membentukkan bakul supaya tidak mengganggunya lagi. Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kuru Mr | perhiasan kepala lelaki. | Kuru - Topi, yang diperbuat daripada kulit bambu yang dianyam halus, kemudian dililitkan ke kepala dengan keadaan kosong di bahagian atas. `Kuru' ini dihiasi dengan bulu-bulu burung merak yang berwarna-warni bagi mencantikannya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| siyung Kd Pr | terendak daripada anyaman buluh. | Siyung - lebih terkenal dengan nama "seraung" atau terendak. Diperbuat daripada kulit bambu yang dianyam begitu halus dan rapi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bulan rerak Ib | sehari selepas bulan purnama. | Beberapa orang gadis dan ibu datang juga untuk memerhatikan corak anyaman tikar bemban yang baru saja siap dianyam oleh isteri Senurok. Corak jenis bulan rerak, kata penganyam tikar itu. Pemuda-pemudi di situ duduk senyap, mempelajari bahasa kebangsaan melalui radio. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |