| bekepit, *kepit* Ib | kepercayaan Iban yang merujuk kepada kedudukan bilik tiga adik- beradik di mana bilik si bungsu tidak boleh terletak di tengah-tengah kerana dipercayai boleh mendatangkan malapetaka. | Susunan bilik mereka diatur dengan baik supaya tidak melanggar pantang rumah panjang yang disebut bekepit. Bilik kepunyaan Anong dan Aning agak besar dan terletak di tengah-tengah rumah panjang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gadus MSb | sejenis tembaga. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarna-warni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lembak Bj | kain perca berwarna-warni yang dijahit halus, ia biasanya dipasang pada dinding dalam majlis perkahwinan. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarnawarni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |