| lawangan Bj | sejenis tikar yang dihias khusus untuk pengantin sahaja. | Kelihatan pengantin lelaki dan ahli rombongannya dipersilakan duduk bersimpuh di atas lawangan. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| linambungan Kd Kj | kain baldu hitam. | Linambungan - kain baldu hitam – dulunya cuma kulit kayu (jenis poputul) yang dihitamkan. Linambungan ini dihias dengan benang-benang yang beraneka warna dan juga manik-manik dan fesyen dari jenis tangan panjang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sulap samang Mr | pondok tempat menyimpan tajau yg berisi mayat bagi kaum Murut. | Petang itu, hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan jasad seorang pejuang untuk disemadikan dalam sulap samang, makam keluarga yang dihias dengan ukiran kayu yang utuh dan dicat dengan warna-warni yang cantik. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lupung Ib | sejenis bekas tertutup berbentuk selinder yang dijadikan tempat letak ubat-ubatan dan peralatan yang dimiliki oleh manang. Ia diperbuat daripada kulit kayu enteli, manakala talinya daripada kulit kayu tekalong. Ia biasanya dihias dengan manik dan bulu ayam. | Manang Jamba terus membawa keranjang kecil yang bernama lupung ke bilik. Orang lain juga sama-sama pergi ke dalam bilik menyertai manang. Anak Raja Buaya yang sakit bernama Laminah itu sedang berbaring kerana sakit tenat. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |