| uki Ib | tauhu yang telah dikeringkan, fucuk. | Suruh Bedi goreng dengan kacang panjang campur kicap. Kuahnya ayam tadi bercampur uki. Cukuplah lauk begitu. Kita tak mampu. Duit seratus itu, entah cukup atau tidak. Babi kita dah dikorbankan empat bulan yang lalu. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tampik Ir, Tb | daging kerbau yang dipotong nipis dan dikeringkan untuk disimpan. | Semua penduduk mendapat agihannya masing-masing malah mereka dapat menyimpannya tiga empat hari. Mereka bercermat dan berdikit-dikit memakan “tampik” daging kerbau mandak itu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pau Ib | sejenis pokok memanjat. Kulit buahnya boleh dibuat syampu setelah dikeringkan atau dijemur. | Mereka terperanjat melihat segala alat mandi telah tersedia. Mentemu, batu penggosok, pau, batu penumbuk pau dan bunga-bunga kering semuanya sudah ada. Selepas mandi, mereka terlihat kesan orang mandi yang masih baru. Permandian di situ masih basah. “Siapakah yang telah mandi di situ tadi?” Mereka tertanya-tanya. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sompoton MSb | sejenis alat muzik bagi suku kaum Kadazan dan Murut. Ia diperbuat daripada 8 batang pipa bambu dan sebiji labu kecil yang dikeringkan dan dipotong tepinya. Bahagian atas biji labu dikorek untuk meletakkan lapan batang bambu secara menegak yang seterusnya dilekatkan (bambu) dengan gam lebah. Manakala bahagian hujung lengkongan bambu itu ditebuk sebagai tempat meniup. Ia dimainkan dengan cara menutup hujung tiga pipa menggunakan tiga jari kanan dan tiga jari kiri. Seterusnya ia ditiup oleh seseorang untuk menghasilkan irama. | Sompoton merupakan salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan. | Alat-alat Muzik Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |