| bau tulang LB | sejenis manik yang diperbuat daripada tulang binatang atau gading gajah. | Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ilang I | sejenis pedang. | Ilang - iaitu sejenis keris panjang yang diperbuat daripada besi pilihan, matanya tajam berkilat. Ulu keris ini diperbuat daripada gading gajah yang dibentuk dengan ukiran-ukiran yang cantik. Di bahagian belakang mata keris ini dihiasi dengan bulu atau rambut manusia yang berumbai-rumbai. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kaluk Ib | tempurung kelapa yang masih muda (boleh dimakan). | Oh kakak berjong kayu, adakah kakak bertemu kak Raja Rambang Ramunut, anakku mandi dengan air nyiur, anakku bertapal dengan daun nyiur, anakku bersembur dengan kaluk nyiur. Suatu hari melintaslah orang sedang berjong kayu. Puteri bongsu pun bernyanyi dari atas pokok nyiur gading. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |