| bobogon Kd | sejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat. | Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tinubou, *tinubau* Ir | sejenis tarian tradisional suku kaum Iranun, Ia ditarikan dengan cara seorang berlari sambil menari dan membawa sapu tangan kemudian melemparkannya ke arah orang yang lain, seterusnya orang tersebut bangun dan mengulangi perbuatan yang sama. | Puyut yang pernah dikibarkan kepada Jamjin di majlis tarian tinubou, di kampungnya dulu, tidak ada lagi dapat menenangkan jiwanya. Tidak seperti waktu Jamjin kibaran puyut daripadanya dulu. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |