| adong Ib | sejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk. | Simpungga tidak mahu tinggal di situ lagi dan pindah ke Nanga Nyelenga Pun Takang. Apai Separang Nyiong bertengkar dengan Tutong kerana berebut tanduk ikan adong iaitu raja ikan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| empelasi Ib | sejenis ikan air tawar yang kecil dan bersisik, berwarna kelabu. | “Eh, sayalah yang datang ke mari saudara. Apakah yang hendak dikatakan dengan panjang lebar” Ke air ikan empelasi terpelanting, ke pantai tercampak ikan seluang. Sekiranya saudara sudi, jemputlah saya turut berbaring, kalau tidak usirkan pulang,? jawab anak Keling. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| masap Bj | keadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya. | Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kiong, *kiung* Ib | ikan haruan; Channa striatus. | Keling pun bangun semula. Dia termenung seperti ikan kiong yang termabuk selut, terhenti seperti ikan betutu dalam air keruh. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| surui MSb | sejenis ikan spt alu-alu. | Tahir mengambil kepala ikan surui yang telah dicincang membuangnya ke dalam air, tangannya dipacik-pacikkan “makan…. makan, hari ini kami bawa makanan baik untok kamu. Makan…. Mari, mari” Tahir merayu-rayu. | Tahir Sudah Pergi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lingkoh Bj | Ikan alu-alu; Sphyraena jello. | Azmi sudah lama menghulur mata kailnya ke dalam laut. Kini dia menunggu. Pak Cik Hassan pula dapat menarik seekor lagi ikan lingkoh sebesar yang ditangkap oleh Amir. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| taleb LB | sejenis alat menangkap ikan seperti bubu tetapi ia dipasang mengikut arus dan mempunyai umpan yang selalunya daripada daging, ubi dan sebagainya. | Mereka pun mula membuat taleb dan memasangnya di dalam lubuk itu. Terdapat banyak ikan datang apabila mereka menaruh umpan ubi ke dalam taleb itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ensenga Ib | bubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan. | Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| seledok, *seliduok* Ml, MSr | alat untuk menangguk ikan. | Pak Ngah mencapai seledoknya. Dihulurkannya ke dalam air. Perlahan-lahan Pak Ngah pegang hujung joran tautnya. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bau kua, *bau kua* LB | sejenis manik. | Yang di dalam perut ikan, walaupun batunya sekecil bau kina, bau kua kamu periksa juga sampai ke dalam perut besar dan perut kecil. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |